Sabtu, 2 Januari 2010

02012010 / 16Muharram 1431

Alhamdulillah..bersyukur ke hadratNya kerana satu lagi blog telah dirasmikan oleh saya pada 16 Muharram 1431. Moga blog ini mampu memberikan kebaikkan kepada masyarakat Malaysia, amnya dan diri sendiri, khususnya.


another step..

Humangaiiii...seyes skema! hik3..ala, macamla susa sangat nak buat second blog. daripada asik mengarut (amek yang elok-elok jek yep!) dalam blog yang INI, lebih baik amek inisiatif mencabar diri sendiri menulis dalam bidang mikrobiologi pula. mencabar ke?hik3 lagi. statistik menunjukkan aku banyak menghabiskan masa kat blog semasa melayari internet. jadi, haraplah aku menghabiskan masa untuk sesuatu yang lain pula. bukan aku nak kata yang blog satu lagi membuang masa. cuma aku kekadang tak pandai membahagi masa.

huh..mende yang aku merepek ni? tape, yang penting, supaya aku sedar diri yang aku punya kerja yang lain.

yah, blog ini adalah untuk aku tidak terbabas.

jadi..sebagai permulaan, tadepe yang seyes. sebab aku pun baru nak beradaptasi dengan rumah baru. yelah, kenelah mencipta kasih sayang. dari mana kasih sayang itu nak timbul?mestilah permulaannya dari diri sendiri.iye dak?

sudah!

kembali ke topik asal.

ok. sekarang aku bukanlah student master yang rasmi. tengah tunggu surat dari Institut Pengajian Siswazah (IPS). seyes lambat! (padahal aku yang lambat hantar borang). cit, ingat senang ke nak buat proposal??

tajuk kajian :
Biodiversity of Fusarium spp in peat swam soils.

tempoh kajian :
min 2 tahun. kene siapkan dalam 2 taun jugak!! tak suke lelame kat pulau ni. nak kawen pulak. supervisor aku ni lak macam ta kasik aku kawen jek mase stadi..er..elo?ko da ade calon ker?uhuk3

dahla..sebenornye aku kat umah ni. jadi, proposal aku ade kat umah sewa. jadi..tatau nak tuleh mende.

tape..yg penting, aku kene ENJOY belajar dan NIAT jangan tersasar la.



bak kata ayah aku, 'dulu, masa kecik-kecik memang mindset kata nak belajar pandai-pandai nak dapat gaji tinggi. tapi sekarang, dah pandai fikir. bukan lagi nak dapat gaji tinggi, tapi KEBERKATAN ILMU tu yang penting'. begitulah lebih kurang my daddy said. takkan aku nak tuleh sesatu pe de cakap. lebih baek jadik perawi hadith kan?

ok..cik fresh orange. semoga berjaya!

0 kulit oren:

Catat Ulasan

© 2008 Por *Templates para Você*