Selasa, 10 Ogos 2010

Teruskan..

Kuatkan kaki..kuatkan hati..teruskan melangkah...

Selasa, 9 Februari 2010

keseriusan dan kesibukan mula melanda, tapi masih ada masa untuk hapdet

Tadi pegi IPS  (institut pengajian siswazah) sebab nak amek surat tawaran. sepatutnya dapat minggu lepas lagi, tapi disebabkan alamat salah, jadi terlewat sikit. taperlah, Alhamdulillah dapat jugak. cume tadi, tak berape pueh ati dengan sikap beberapa makhluk yang sesukati memotong line. amboi...ko ingat ko sorang jek yang bz?come on la, amek number, ikut barisan la beb! mmm...sampai bila nak maju, kalau asik pentingkan diri sendiri.. taperla, maybe de ada anak kat rumah. kita bersangka baiklah ek?ek? 


yieahh..i'm strong tudei, tumorro n olways..!!ha3..macam hape jek gambo ni..
______________________________________

Pusat Pengajian : Sains Kajihayat

Ijazah : Sarjana Sains (Mikrobiologi)

Rancangan pengajian : Penyelidikan

Bidang pengajian : Mikrobiologi

Tajuk penyelidikan : Diversity of Fusarium Species in Peat Swamp Soils

Tempoh pencalonan : Penuh masa / min :12bulan   mak : 36bulan

Tarikh kuatkuasa pencalonan : mengikut semester mendaftar

 Abstrak sket problem statement dan objektif dalam projek aku nih

Problem statement and Objectives in this project

1.1 Problem statement

Increasing importance of Fusarium spp. as plant pathogen on economically important crops have led to an increase need to understand the occurrence and distribution of Fusarium in peat land habitat. Therefore, the present study is conducted to assess the biodiversity and to characterize Fusarium spp. in peat swamp soils.

1.2 Objectives

     1.2.1 To isolate and identify Fusarium spp. in peat swamp soils
     1.2.2 To determine the distribution and diversity of Fusarium spp.
     1.2.3 To observe the genetic variation of Fusarium spp. by using PCR-RFLP of  IGS region and phylogenetic analysis, using TEF-1α gene.



INSYAALLAH


Milestone untuk bulan Feb-April, 2010

Feb : soil analysis, DNA extraction untuk 2 sampel isolates
Mac : soil analysis, continue molecular works
April : continue molecular works, resampling (Pahang)
Jun : Symposium (Kelantan)

Target :

1-     subculture fungus yang macam-nak-contam
2-     prepare untuk pembentangan proposal
3-     publish paper


Aku dah mula start mende yang sangat serius bulan ni. Dr pun suruh aku pegi simposium. Bagaikan dihempap pokok rambutan. Sakit, tapi sedap sebab dapat makan buah rambutan..hehe..Simposium kat Kelantan. Salah satu negeri yang aku suka (suka ker ??). Tahap sekarang kena bersedia. Bukan semata-mata prepared, but well-prepared. Dari segi ilmunya, dari segi bersedia untuk pembentangan..Uiii…tahap macam nak jumpe mak mertua jek.. Papehal pun, enjoy study and betulkan niat ! Niat asal nak cuti lelama raya cina ni..tapi………..sowie beb, cuti tetap cuti..haha..tapelah.cuti sekejap pun okla…hu2

fresh-o-range : punya perancangan adalah lebih baik daripada tiada langsung. May Allah lead our way~


Isnin, 4 Januari 2010

perjumpaan dengan superwoman

arini jupe dengan Dr. bincang pasal meeting progress. Orang lain sume da jupe Dr. Aku je blom. sape soh balek umah seminggu? padan muka diri sendiri! jadi, milestone utk this coming three months kenelah meliputi hal ehwal berikut


pen tu, pen pinjam oke..(muka x bersalah)

1- hantar gambar micro unknown species
2- review unknown species for dilution and debris plating
3- prepare for presentation proposal
4- soil analysis
5- sequencing for Section Lesiola

yes! yes! Dr suruh buat sequencing...ah..da terlupe steps nye. first time wat molecular weh! tolong~ kene stadi banyak ni. ade ura-ura akan stress di situ. tape, yang penting belajar kene enjoy. jadi? malam ni kite rehat dulu! yeay...! (betape aku sangat lega setiap kali selepas jumpa Dr!)

Sabtu, 2 Januari 2010

02012010 / 16Muharram 1431

Alhamdulillah..bersyukur ke hadratNya kerana satu lagi blog telah dirasmikan oleh saya pada 16 Muharram 1431. Moga blog ini mampu memberikan kebaikkan kepada masyarakat Malaysia, amnya dan diri sendiri, khususnya.


another step..

Humangaiiii...seyes skema! hik3..ala, macamla susa sangat nak buat second blog. daripada asik mengarut (amek yang elok-elok jek yep!) dalam blog yang INI, lebih baik amek inisiatif mencabar diri sendiri menulis dalam bidang mikrobiologi pula. mencabar ke?hik3 lagi. statistik menunjukkan aku banyak menghabiskan masa kat blog semasa melayari internet. jadi, haraplah aku menghabiskan masa untuk sesuatu yang lain pula. bukan aku nak kata yang blog satu lagi membuang masa. cuma aku kekadang tak pandai membahagi masa.

huh..mende yang aku merepek ni? tape, yang penting, supaya aku sedar diri yang aku punya kerja yang lain.

yah, blog ini adalah untuk aku tidak terbabas.

jadi..sebagai permulaan, tadepe yang seyes. sebab aku pun baru nak beradaptasi dengan rumah baru. yelah, kenelah mencipta kasih sayang. dari mana kasih sayang itu nak timbul?mestilah permulaannya dari diri sendiri.iye dak?

sudah!

kembali ke topik asal.

ok. sekarang aku bukanlah student master yang rasmi. tengah tunggu surat dari Institut Pengajian Siswazah (IPS). seyes lambat! (padahal aku yang lambat hantar borang). cit, ingat senang ke nak buat proposal??

tajuk kajian :
Biodiversity of Fusarium spp in peat swam soils.

tempoh kajian :
min 2 tahun. kene siapkan dalam 2 taun jugak!! tak suke lelame kat pulau ni. nak kawen pulak. supervisor aku ni lak macam ta kasik aku kawen jek mase stadi..er..elo?ko da ade calon ker?uhuk3

dahla..sebenornye aku kat umah ni. jadi, proposal aku ade kat umah sewa. jadi..tatau nak tuleh mende.

tape..yg penting, aku kene ENJOY belajar dan NIAT jangan tersasar la.



bak kata ayah aku, 'dulu, masa kecik-kecik memang mindset kata nak belajar pandai-pandai nak dapat gaji tinggi. tapi sekarang, dah pandai fikir. bukan lagi nak dapat gaji tinggi, tapi KEBERKATAN ILMU tu yang penting'. begitulah lebih kurang my daddy said. takkan aku nak tuleh sesatu pe de cakap. lebih baek jadik perawi hadith kan?

ok..cik fresh orange. semoga berjaya!

© 2008 Por *Templates para Você*